Bitcoin ‘Menggila’ Tembus $44,000, Seterusnya Ke $50,000?

446

“Gembiralah pelabur harga BTC asyik naik je, agaknya hari ni boleh canak sampai $45K tak?”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) makin hari makin mengganas apabila harganya berjaya menembusi $44,450 pada 6 Disember semalam, tetapi ramai pelabur kini gelisah dalam menentukan sama ada pergerakan ini hanyalah sementara atau tidak.

Sungguhpun BTC pada tahun ini telah berada dalam ketidakpastian kawal selia yang mendalam, harganya mula melihat pemulihan apabila gergasi pengurusan pelaburan Amerika Syarikat (AS) BlackRock memfailkan permohonan spot BTC ETF.

Kenaikan harga BTC turut didorong oleh Grayscale Investments yang memperoleh kemenangan dalam pertempuran undang-undangnya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dalam usahanya untuk menukar Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) pada Bitcoin ETF.

Memang tidak dinafikan banyak pengkritik telah menolak potensi pertumbuhan harga BTC, tetapi seluruh pasaran kripto semakin memberi reaksi positif apabila terdapat pihak seperti Microstrategy yang memperoleh sejumlah besar BTC.

Pada masa ini, sentimen positif yang mengelilingi BTC sudah makin meningkat, oleh itu harganya mungkin mampu memecahkan zon rintangan seterusnya pada $50,000 ditambah pula terdapat gembar-gembur yang mengatakan spot BTC ETF akan diluluskan tidak lama lagi.

Sekiranya spot BTC diluluskan secara rasmi, maka ia mampu membawa lebih daripada $100 bilion nilai wang institusi iaitu satu perkembangan yang akan memberi kesan positif pada harga kripto dan bantu memulakan kitaran bull market.

Menerusi pemerhatian pada carta harga, BTC mampu meneruskan kenaikan sehingga $45,360 diikuti $48,110 tetapi jika gagal maka aset digital tersebut boleh melantun semula pada $42,358 ataupun $40,240.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 5.60% pada paras $44,024 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $861 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 15.85% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat