Bitcoin Pizza Day Bertukar Tragedi, Banyak Pelabur Alami Rug Pulls!

978

“Tulah orang suruh berhati-hati, jangan main kaut je sebab ingat nak untung banyak.

Kegembiraan Bitcoin Pizza Day bertukar kekecewaan apabila penerbit memecoin mengaut keuntungan lebih $200,000 daripada rug pulls berkaitan pizza pada ulang tahun ke-13 yang dianggap sebagai transaksi Bitcoin (BTC) komersial pertama.

Menerusi pemerhatian, terdapat 14 memecoin berkaitan pizza dikeluarkan dalam masa 24 jam lalu di mana empat disahkan sebagai rug pulls sementara lima lagi disyaki sebagai honey pots* yang membawa makna aset digital hanya boleh dijual kepada pencipta kontrak.

*Penyerang menggunakan wallet kripto, token atau kontrak pintar untuk memancing pengguna yang tidak curiga supaya melabur, memindahkan atau berdagang token kripto

Memecoin pertama ialah pizza coin (PIZZA) yang berlangsung selama lapan minit sahaja sebelum pembangun mengubah kadar cukai jualan supaya pelabur tidak dapat melepaskan pegangannya, oleh itu 34 trader yang beli PIZZA telah mengalami kerugian 0.9892 Ethereum (ETH) bernilai $1,800.

Bukan itu sahaja, pelabur yang turut membeli token bernama pizza bitcoin dan pizza inu telah berakhir dengan kerugian lebih daripada $12,000 secara keseluruhan.

Kemudian, ethpizza dan bpizza telah menjadi yang pertama mencapai modal pasaran $40,000 sehingga $100,000 tetapi kedua-dua token tersebut malangnya tidak dapat dijual selepas pemilik kontrak menghentikan pemindahan serta jualan.

Terdapat pelbagai cara pembangun boleh rug pulls pada projek, antaranya adalah menambahkan cukai jualan boleh diubah suai pada kontrak pintar yang memberi pemilik kontrak keupayaan menaikkan cukai begitu tinggi sehingga menyebabkan token tidak boleh dijual.

Pendekatan alternatif lain yang lebih biasa digunakan adalah pemilik kontrak pintar memegang sebahagian besar token kemudian menunggu harga naik sebelum menjual token kepada liquidity yang baru terbentuk daripada pelabur tidak curiga.

Umum mengetahui bahawa Bitcoin Pizza Day yang berlangsung pada 22 Mei semalam telah bermula pada tahun 2010 apabila pembangun komputer Laszlo Hanyecz membeli dua pizza dengan harga 10,0000 BTC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat