Bitcoin Tembus Paras $11,000!

417

Bitcoin mencapai paras tertinggi sejak tahun lalu, melonjak sekitar 13% iaitu mencecah $11,233.30.

Para pelabur meramalkan dua perkara susulan trend peningkatan harga Bitcoin. Pertama, sesetengah pelabur menjangkakan mata wang kripto alternatif tidak mempamerkan prestasi yang positif.

Keduanya, firma penyelidikan pasaran melihat ruang untuk kenaikan harga Bitcoin yang lebih tinggi, berdasarkan faktor fundamental yang kukuh.

Dalam suasana pasaran berisiko yang mendorong pelabur beralih ke arah aset safe-haven, institusi kewangan kini meningkatkan pegangan aset digital, sekali gus menjadi faktor peningkatan paras harga Bitcoin.

Penganalisis turut meramalkan pasaran kripto akan terus berkembang pada suku ketiga atau awal suku keempat susulan pertumbuhan infrastruktur yang menyokong transaksi dan aktiviti blockchain, peningkatan jumlah bitcoin dalam kitaran pasaran dan reaksi terhadap proses halving.

Sebelum ini, harga Bitcoin susut sebanyak lebih 40% dalam tempoh kurang 24 jam ketika pandemik Covid-19 melanda.
Berdasarkan pergerakan harga pada Mac, Bitcoin merekodkan penurunan ketara pada awal minggu sebelum harga mula menunjukkan peningkatan sederhana sehingga bersambung pada April.

Selepas itu, harga Bitcoin dilihat mendatar di bawah paras $10,000 pada Mei dan bulan lalu.

Penganalisis di Bloomberg menjangkakan harga Bitcoin akan meningkat di atas paras $12,000 pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat