Bitcoin membuat lonjakan sehingga 17% secara tiba-tiba pada Khamis sehingga ke paras melebihi $8,000 pada satu masa berdasarkan pusat tukaran (bursa) Coinbase yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Matawang crypto itu mencapai paras tertinggi $8,011 di Coinbase.
Bukan Bitcoin sahaja yang membuat kenaikan, tetapi matawang crypto yang lain juga turut sama membuat lonjakan. Ethereum (ETH) di CoinmarketCap merekod kenaikan 10.68% setakat pada masa artikel ini ditulis dan didagangkan di sekitar $461.58.
Bitcoin mengalami kejatuhan sehingga lebih 50% sejak akhir tahun lalu yang menyebabkan modal pasaran keseluruhan pasaran matawang crypto juga jatuh mendadak daripada $800 billion sehinggalah hanya $298 billion pada hari ini.
Berikut adalah senarai matawang crypto 100 teratas yang paling banyak membuat kenaikan: