“Black Swan Day” dalam Sejarah Currency Trading, Alpari UK Bankrupt? Apakah yang jadi kepada Dana Pelanggan?

793

Pm dan Email masuk bertalu-talu tanya saya tentang situasi kes forex broker yang tumbang disebabkan Black Swan Day dalam sejarah currency trading tempohari.  Kes SNB.

Alpari

Hari di mana Swiss National Bank menanggalkan cap bagi matawang Franc terhadap Euro mengakibatkan banyak nama-nama besar dalam forex broker bankrupt. Hari yang dikenali sebagai Black Swan Day dalam sejarah currency trading ini telah memberi efek kepada Bank, Hedge Fund, Forex Broker dan banyak lagi institusi kewangan yang mempunyai exposure kepada matawang Franc tersebut sama ada melalui trading pelanggan atau sebagai penyedia liquid bagi forex broker yang terus terlibat sama dalam kerugian.

Alpari yang memutuskan untuk tutup operasi Alpari Uk setelah menghadapi insolvensi. Saham FXCM jatuh merudum dan kerugian melebihi 220 Juta USD. Antara forex broker yang terkenal dan terkesan daripada peristiwa ini adalah Global Broker NZ, IG dan Interactive Broker. Dan banyak yang kita tahu broker-broker yang telah suspend pelanggan daripada trade pair CHF hingga selesai dan situasi kembali tenang.

Hati lega bagi yang trade FXCM kerana FXCM telah mendapat bailout daripada Leucadia National sebanyak 300 Juta , fresh cash fund untuk membantu menampung kerugian FXCM. Nasib bagi Alpari UK masih belum diketahui.

Semalam saya bercakap dengan trade partners saya di London yang mempunyai akaun di Alpari UK. Dia cakap, telefon ke office Alpari UK sudah tidak berangkat dan asyik masuk voice box. Dia memang agak kelam kabut sebab banyak juga amount modal yang ada disitu. Dia cuba menghubungi FCSC (Financial Service Compensation Scheme), iaitu sebuah badan yang protect fund jika terjadi apa-apa kepada forex broker yang berdaftar di bawah FCA UK. FCSC berkata mereka sedia maklum tentang hal tersebut dan mereka akan maklumkan segera jika terdapat tindakan lanjut. Dia mungkin akan bergegas ke Office Alpari UK untuk mendapatkan maklumat lanjut.

fcsc

Melalui kenyataan Alpari UK pula, mereka berkata yang “dana pelanggan kekal dalam Segregated Account(akaun berasingan dari akaun syarikat) mematuhi syarat regulatory dari FCA UK”

Ini bermaksud, jika syarikat forex broker mengalami kegagalan dalam bisnes atau bankrupt, ia tidak akan memberi kesan kepada duit pelanggan kerana dana pelanggan dalam akaun bank yang berasingan.

Jika ikut kenyataan tersebut, saya anggap yang dana pelanggan akan selamat dan mungkin akan diuruskan oleh FCSC selepas ini, tetapi buat pelanggan yang mempunyai penglibatan dalam CHF trading tempohari dan mempunyai negatif balance, akan terkesan daripada kerugian tersebut. Cuma ambil sedikit masa untuk mereka uruskan dana tersebut dan membuat pembayaran compensation balik kepada pelanggan mungkin. Ambil sedikit masa.

 

Kenapa ini terjadi ?

Mengikut komen dari Alpari, ” Pelanggan mengalami kerugian yang teruk disebabkan peristiwa tempoh hari dan kerugian melebihi ekuiti. Apabila pelanggan tidak dapat cover loss, kerugian itu dipindahkan kepada kami.”

Apakah yang dimaksudkan mereka. Sebenarnya terdapat banyak faktor, mungkin risk management control mereka tidak efektif kerana mereka tidak aware perkara ini akan berlaku. Kegagalan daripada liquidity provider yang tidak mampu quote price setelah order pass dalam market,menyebabkan mereka tergantung dan mempunyai kerugian yang sangat tinggi, over leverage kepada akaun pelanggan yang tidak mempunyai risk control dan banyak lagi.

Good thing is, ini juga bermakna meraka pass real order to the market.

Apa-apa pun ini adalah sebuah adat perniagaan bagi real forex broker. Kira bertuah juga lah kerana Alpari regulated di bawah FCA Uk dan akan ada badan yang pantau dan akan uruskan dana pelanggan selepas ini. Kita tunggu update dari Alpari UK. Alpari mempunyai banyak lagi cawangan lain, dan mengikut statement mereka, Alpari cawangan negara lain tidak akan terjejas. Jadi saya tak rasa duit dana pelanggan lain burn begitu sahaja. Jika tidak, cawangan lain pun akan mengalami perkara yang sama terkesan dari kes ini.

 

Berhati-hati. 

Saya nak ingatkan sikit. Kesan daripada kes broker besar yang tumbang ini, saya dapati ramai penggiat broker bucket shop  terutama broker ponzi game yang mengambil kesempatan mengatakan broker mereka kukuh kerana tidak terkesan. Kerana apa? kerana yang trade disitu tidak langsung di hantar ke pasaran sebenar, hanya berlegar di dalam server mereka sahaja untuk ambil keuntungan dari kerugian pelanggan. Dah tak hantar order client ke pasaran sebenar memang lah tak effect. Saya tak kata semua yang tak effect itu broker ponzi game, tetapi ayat ini ditujukan khas kepada broker ponzi game yang guna statement begitu.

Tambahan jika ada keuntungan dari trading pair CHF tempoh hari pun saya rasa mereka akan cancel dan tak bayar kerana syarat tidak boleh trade news atau event yang besar dan macam-macam syarat. Tetapi kalau rugi mereka diamkan sahaja. Pastikan anda tidak terperangkap. So called broker ini jika hilang begitu sahaja pun anda tiada tempat untuk mengadu kerana tiada langsung badan regulator yang kuat untuk uruskan mereka. Wang akan hilang bersama-sama owner. He he. Jadi berhati-hati.

Walaupun kes begini berlaku, tetapi pastikan anda still dengan regulated broker yang kukuh kerana ada compensation scheme yang diuruskan regulator.

Cuba lihat kes GWGFX tempoh hari, selepas ramai gagal withdraw dan fund tidak lagi dapat dibayar broker, ada sesiapa bertanggungjawab? Semuanya hilang begitu sehaja, termasuklah leader-leader MLM scheme tersebut. Adakah anda masih tidak mengambil iktibar?

Sama macam bank, jika ekonomi crash, bank bankrupt, bank yang dicover oleh PIDM Malaysia still akan uruskan dana anda untuk bayaran balik. Semua ambil masa. Lebih bagus daripada anda labur dan simpan duit di skim yang jika hilang, terus tak nampak rupa. Tambahan leader-leader ponzi scheme anda akan terus hilang dengan ayat, “Move on” sambil tepuk bahu anda. Pastikan anda berhati-hati.

Nota : Saya tiada akaun di Alpari dan FXCM. Fuhh. Dan jangan tanya saya siapa nak bayar kos sponsor Jersi West Ham. 😀

alpari-west-ham

 

Berikut adalah update List Forex Broker selepas tragedy tersebut :

broker-list-terselamat

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat