Blackrock & Citadel Setuju Wujudkan Pasaran Saham Nasional, Bursa Texas Dalam Genggaman!

287

Firma gergasi perdagangan, Blackrock dan Citadel Securities merancang untuk memulakan bursa saham nasional di selatan tengah AS untuk mengambil alih Bursa Saham Texas.

Sebelum ini, kedua-keduanya merupakan firma yang menyokong pelaburan buat kumpulan yang ingin memulakan dagangan di bursa tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TXSE, James Lee berkata ekonomi Texas yang berkembang pesat kerana bilangan penduduk yang kukuh di kuadran tenggara AS telah memberikan peluang perniagaan yang luar biasa dan memberikan kegagalan buat Bursa Saham Texas untuk beroperasi.

The Wall Street Journal telah melaporkan dalam beritanya berkenaan usaha tersebut dan menganggap ia adalah langkah solusi terbaik ke atas Bursa Saham New York dan Nasdaq yang kini sedang mengalami masalah ketidakpuasan hati dan kos pematuhan oleh para pelabur.

Sebelum ini, peraturan yang ditetapkan Nasdaq mendapat pertikaian tinggi apabila mereka meminta syarikat-syarikat kecil untuk mendedahkan pelbagai jenis maklumat kepada pihak pengarah. Walaupun ia mendapat kelulusan oleh SEC pada 2021, kini mereka sedang menghadapi cabaran baharu di mahkamah rayuan persekutuan.

TXSE dalam kenyataannya berkata mereka akan menjadi pertukaran sekuriti nasional elektronik sepenuhnya dengan mendapatkan pendaftaran oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS.

Mereka menyasarkan untuk memulakan dagangan pada tahun 2025 dan menjadi hos utama pada tahun 2026.

The Dallas Morning News pula melaporkan TXSE bakal mendominasi syarikat-syarikat di Texas dan kini mereka mempunyai beribu-ribu pejabat di Dallas serta mempunyai $120 juta dengan sokongan lebih daripada dua dozen pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat