BNM Akan Hentikan Kenaikan OPR?

501

Menjelang keputusan kadar faedah Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari Khamis, bank pusat itu dijangka akan menamatkan kitaran kenaikan kadar pada suku akan datang.

Memetik kenyataan Kenanga Research dalam nota penyelidikannya, BNM telah bertindak lebih sederhana dalam menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2022 ketika Rizab Persekutuan Amerika Syarikat bertindak agresif dalam pengetatannya.

Ia kini meramalkan satu lagi kenaikan 25 mata asas akan dilaksanakan pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung 18 dan 19 Januari ini.

Pada 2022, OPR Malaysia telah meningkat sebanyak 100 mata asas atau 1.00% kepada 2.75%.

Menurut nota itu lagi, tekanan inflasi yang dihadapi negara mungkin lebih kecil berbanding negara serantau, disokong pemulihan dalam pengeluaran yang dipacu industri pembuatan dan perkhidmatan.

Rentetan itu, ia yakin bank pusat akan memperhatikan kesan dasarnya yang kurang agresif terhadap penggunaan swasta terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah selanjutnya.

Tumpuan kini diberikan kepada pembukaan sepenuhnya China yang diharapkan dapat memacu pertumbuhan global, terutamanya dalam pasaran komoditi dan mengimbangi semula perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat