BNM Dijangka Turunkan OPR Pada Separuh Pertama 2024

799

Bank Negara Malaysia dijangka mungkin menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada separuh pertama tahun ini disebabkan ingin menurunkan kadar inflasi ke tahap yang disasarkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Irhamy Valuers International, Irhamy Ahmad berkata inflasi adalah cabaran terbesar pada tahun lepas. Namun, Bank Negara Malaysia (BNM) dan kekangan fiskal kerajaan bertindak dengan baik untuk membawa inflasi turun lingkungan yang ingin dicapai.

Katanya lagi, kita mungkin akan melihat penurunan OPR pada separuh pertama 2024 dan akan membantu meransang lagi ekonomi tempatan.

Penganalisis menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan meningkat daripada 4.0% pada 2023 kepada 4.3% pada tahun ini.

Anggaran itu adalah sejajar dengan unjuran pertumbuhan antara 4.0% dan 5.0% yang dibuat oleh Kementerian Kewangan terkini.

Jelasnya lagi, antara faktor yang mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini adalah jangkaan pemulihan yang akan berlaku dalam sektor pelancongan.

Ia kerana sektor itu telah memunculkan banyak perubahan positif dan peluang pekerjaan. Ini dapat membantu memperkukuhkan ekonomi dan memanfaatkan banyak isi rumah dalam kalangan masyarakat tempatan.

Memandangkan sektor pelancongan telah pulih daripada masalah pandemik beberapa tahun lalu, industri itu menyumbang 14% kepada KDNK pada 2022 berbanding 19.5% pada 2019 iaitu tahun sebelum berlakunya pandemik.

Selain itu, ekonomi Malaysia juga bergantung kepada kedua-dua permintaan domestik dan eksport.

Pada 2024, Malaysia akan mencatatkan eksport lebih tinggi berbanding 2023 dengan kenaikan secara berperingkat sepanjang tahun ini.

Peningkatan eksport Malaysia akan dipacu oleh permintaan lebih kukuh dari Amerika Utara dan Zon Euro. Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengunjurkan volum perdagangan dunia akan meningkat sebanyak 3.3 peratus tahun ini. Jika ekonomi utama mengatasi inflasi dan mengurangkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan, eksport akan berkembang lebih pantas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat