BNM Kekalkan OPR 3.00 Peratus

126

Dalam langkah yang dijangkakan, Bank Negara Malaysia (BNM) memilih untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% dalam penutupan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Dalam satu kenyataannya, bank pusat itu berkata tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari masih kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa mengenai prospek inflasi serta pertumbuhan.

MPC kekal berwaspada dengan perkembangan berterusan dalam memaklumkan penilaian mengenai prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Mereka juga akan memastikan bahawa pendirian dasar monetari kekal kondusif terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.

Bagi ekonomi Malaysia, data terkini menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih tinggi pada suku pertama 2024 yang didorong oleh perbelanjaan domestik yang berdaya tahan dan pemulihan positif dalam eksport.

Melihat ke hadapan, pemulihan dalam eksport dijangka mengekalkan momentum yang disokong oleh kitaran tinggi teknologi global serta kekuatan berterusan dalam barangan bukan elektrik dan elektronik.

Selain itu, kedatangan dan perbelanjaan pelancong juga membantu kenaikannya dan data pekerjaan pula berterusan serta pertumbuhan gaji kekal menyokong perbelanjaan isi rumah.

BNM berkata, aktiviti pelaburan akan terus disokong oleh kemajuan berterusan dalam projek swasta dan awam, pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelan induk negara serta pelaburan yang diluluskan yang lebih tinggi.

Tinjauan pertumbuhan pula tertakluk kepada risiko penurunan daripada permintaan luar yang lebih lemah daripada jangkaan dan penurunan dalam pengeluaran komoditi.

Inflasi utama dan teras pula masing-masing pada purata 1.7% dan 1.8% untuk suku pertama 2024.

Memandang ke hadapan, inflasi pada 2024 dijangka kekal sederhana dengan mencerminkan keadaan permintaan yang stabil dan tekanan kos yang terkawal.

Tinjauan sepanjang tahun ini bergantung kepada pelaksanaan dasar domestik mengenai subsidi dan kawalan harga, serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat