BNM Terus Menggunakan ‘Easing Policy’, Kadar Kekal 3%

40

Bank Negara Malaysia melalui MPC (Monetary Policy Committee) sebentar tadi mengekalkan kadar polisi OPR (Overnighh Policy Rate) di paras 3.00%. BNM sebelum ini menurunkan kadar polisi ini dari 3.25% kepada 3.00% pada Julai 2016.

BNM menyatakan, ekonomi Asia terus disokong oleh perbelanjaan domestik dan juga sedikit pemulihan dalam permintaan dari luar negara. Ekonomi global dijangka akan mencatatkan pertumbuhan sedikit pantas tahun ini berbanding 2016.

Risiko dalam pertumbuhan ekonomi masih ada dengan ketidaktentuan yang semakin tinggi berikutan dasar ekonomi US yang terlalu melindungi ekonomi domestik, geopolitik, dan turun-naik (volatility) harga komoditi. Risiko ini mampu memberi kesan kepada peningkatan volatility dalam pasaran kewangan Malaysia.

Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan pada suku keempat dengan bacaan petunjuk ekonomi terkini yang positif. Dalam hal ini, perbelanjaan sektor swasta terus memacu pertumbuhan ekonomi. Namun, aktiviti pelaburan masih sederhana yang akan disokong oleh pembangunan infrastruktur dan pelaburan modal dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Inflasi pula bergerak dalam kadar 2.1% pada 2016 dan dijangka meningkat tahun ini berikutan jangkaan kepada kenaikan harga minyak mentah global.

Ringgit pula telah menunjukkan volatility yang semakin berkurangan, sejak penyusutan yang mendadak sehingga akhir 2016. Tindakan BNM sebelum ini telah menstabilkan semula tukaran matawang asing di Malaysia, tetapi masih ada risiko kepada volatility disebabkan ketidaktentuan dalam polisi dan geopolitik global. Dalam hal ini, BNM akan terus menyediakan kecairan, agar pasaran kewangan di Malaysia berfugsi dengan baik.

Akhir sekali, MPC akan terus memerhati risiko-risiko yang ada untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat