BOE Bawa Kejutan! Kadar Faedah Dinaikkan Kepada 0.5%

750

Bank of England (BoE) dilaporkan mengambil keputusan untuk menaikkan kadar faedah kepada 0.5% pada Khamis dan hampir separuh daripada penggubal dasarnya mahukan kenaikan yang lebih besar untuk membendung tekanan harga yang berleluasa, kerana bank pusat Britain itu memberi amaran bahawa inflasi akan mencecah 7%.

Dalam mesyuarat dijalankan, empat daripada sembilan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari mahu menaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan kepada 0.75% yang mungkin akan jadi peningkatan terbesar jika ia terjadi sejak 25 tahun lalu. Majoriti, termasuk Gabenor Andrew Bailey, mengundi untuk peningkatan 0.25 mata peratusan.

Matawang pound melonjak sekitar dua pertiga sen berbanding US dolar kepada paras dagangan melebihi $1.36, tertinggi sejak 20 Jan. Bon kerajaan Britain dijual, dengan hasil 10 tahun mencecah paras tertinggi sejak Januari 2019.

Menurut ketua ekonomi bagi Jabatan Perniagaan British, Suren Thiru,”Walaupun kenaikan suku mata mungkin memberi impak terhad kepada kebanyakan firma, ramai yang akan melihat kenaikan kadar berturut-turut, dan empat ahli Jawatankuasa Dasar Monetari mengundi untuk kenaikan kadar yang lebih ketara”.

Langkah kenaikan kadar ini menandakan kenaikan kadar faedah pertama berturut-turut sejak 2004 dan mencerminkan keperluan mendesak dalam kalangan ahli MPC untuk menunjukkan mereka berada di atas krisis kos sara hidup yang semakin meningkat.

BOE menyatakan bahawa inflasi adalah pada kadar 5.4% pada bulan Disember lepas boleh memuncak kepada sekitar 7.25% pada April, yang akan menjadi kadar tertinggi sejak kemelesetan yang dilanda pada awal 1990-an dan melepasi sasaran 2%.

Inflasi yang tinggi bermakna pendapatan selepas cukai untuk isi rumah bekerja akan jatuh sebanyak 2% pada tahun ini dan 0.5% pada tahun depan, manakala permintaan yang lemah akan mendorong pengangguran sehingga 5% dalam tempoh tiga tahun.

BoE berkata ia akan mula melonggarkan program pelonggaran kuantitatif 895 bilion pound ($1.2 trilion). Tekanan harga dijangka akan berterusan dengan lebih lama daripada jangkaan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat