BoE Potong Kadar Faedah Lagi, GBP/USD Cecah Paras Terendah 35 Tahun!

1,238

Sekali lagi mengejutkan pasaran, Bank of England (BOE) mengulangi tindakan kecemasan seperti yang dilakukan minggu lalu dengan mengumumkan penurunan kadar faedah ke paras rendah terbaru semalam di luar jadual mesyuarat polisi.

Ahli jawatankuasa mesyuarat kesemua sebulat suara bersetuju untuk kadar diturunkan pada mesyuarat yang diadakan bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19.

BOE juga telah mengumumkan tambahan pembelian bon kerajaan UK bernilai £200 bilion menjadikan jumlah pelonggaran kuantitatif (QE) itu sebanyak £645 bilion pound.

Susulan pengumuman kecemasan tersebut, dagangan Pound Sterling mencatatkan penurunan berbanding US dolar ke paras terendah sejak 1985.

Meneliti carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga yang dilihat membuat kenaikan pada sesi New York ke paras 1.17900 kembali membuat penurunan semula selepas gagal melepasi halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Penurunan harga mencecah paras terendah 35 tahun di sekitar 1.14100 pada awal sesi Asia bermula sebelum harga kembali menunjukkan kenaikan.

Harga dijangka akan menyambung penurunan pada sesi Eropah hari ini. Penurunan dilihat akan melepasi paras support 1.14100 dan meneruskan pencarian paras terendah terbaru.

Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi halangan dinamik MA50, berkemungkinan akan memberi isyarat awal perubahan trend harga.

Kenaikan dilihat akan menuju semula paras 1.20000 seterusnya menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.22000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat