BoE Sedia Untuk Turunkan Kadar Dalam Masa Terdekat? Ini Penjelasan Terkini BoE

233

Perniagaan dan isi rumah di Britain sedang menangani kenaikan kadar faedah, waima begitu proses penyesuaian masih jauh dari selesai dan bank juga perlu bersedia untuk membuat perubahan dalam cara untuk mendapatkan dana, maklum Bank of England.

BoE menyatakan bahawa risiko keseluruhan masih mencabar dengan berhadapan masalah ekonomi China, risiko konflik yang lebih meluas di Timur Tengah, dan tahap hutang awam yang tinggi.

Dalam masa yang sama, Gabenor BoE turut menyatakan “Kemungkinan kadar perlu kekal pada tahap ini untuk jangka masa yang panjang bagi membawa inflasi kembali ke sasaran secara berterusan,”.

“Kesan penuh daripada kadar faedah yang lebih tinggi masih belum dicapai. Oleh itu, kami tetap berwaspada terhadap risiko kewangan yang mungkin timbul.”

BoE menyatakan bahawa pertumbuhan upah dan pendapatan yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan sejak kajian pada Julai telah mengurangkan sebahagian daripada tekanan ke atas isi rumah yang terjejas oleh inflasi tinggi, kenaikan cukai, dan kos pinjaman yang lebih tinggi.

“Walaupun demikian, kewangan isi rumah masih tegang disebabkan oleh kos hidup yang meningkat dan kadar faedah yang lebih tinggi,” lapor Jawatankuasa Dasar Kewangan BoE.

Bank pusat UK juga merakamkan rasa bimbang akan kesan berpanjangan daripada lonjakan inflasi tahun lalu, kenaikan kadar faedah dalam 14 mesyuarat berturut-turut antara Disember 2021 dan Ogos tahun ini kepada tahap 5.25%.

Pegawai BoE mengakui tanda-tanda perlahan dalam ekonomi namun memberi penekanan bahawa mereka belum berhasrat untuk  menurunkan kadar kerana tanda-tanda tekanan inflasi yang akan tetap kuat.

Walau bagaimanapun, pasaran kewangan Britain telah meningkatkan jangkaan terhadap pengurangan kadar awal oleh BoE dalam beberapa hari yang lalu, mengikuti perubahan yang sama dalam jangkaan untuk European Central Bank dan Federal Reserve Amerika Syarikat, dan kini melihat pengurangan pertama sukuan daripada kadar tersebut pada Mei atau Jun tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat