BOE: UK Di Ambang Kemelesetan Paling Lama

160

Ekonomi UK sedang menuju kemelesetan paling lama sejak Great Depression pada 1930-an, kata Bank of England (BOE) selepas menaikkan kadar faedah kepada rekod baru pada Khamis.

Ini lima perkara yang dicerap daripada ramalan bank pusat tentang masa depan ekonomi.

  1. UK Alami Kemelesetan 2 Tahun
  • BOE beri amaran negara itu akan menghadapi kemerosotan 2 tahun yang sangat mencabar.
  • Terdahulu, bank pusat jangka UK akan jatuh ke dalam kemelesetan akhir tahun ini dan ia akan bertahan sepanjang tahun depan.
  •  Namun, BOE kini mengatakan ekonomi sudah memasuki kemelesetan pada musim panas dan meramalkan ia akan berterusan sehingga tahun depan serta separuh pertama 2024.
  1. Kadar pengangguran hampir 2 kali ganda
  • Ini berlaku apabila sesebuah negara mengalami kemelesetan, syarikat kurangkan pekerja sebab kekurangan wang.
  • BOE ramal pengangguran naik mendadak dalam tempoh dua tahun akan datang kepada 6.4%.
  • Kadar pengangguran semasa 3.5%, tetapi penganalisis beri amaran situasi itu mula berubah berikutan jumlah kekosongan pekerjaan yang berkurang beberapa bulan kebelakangan ini.
  1. Gadai janji (mortgage) naik £3,000 setahun
  • BOE jangka ramai pemilik rumah berdepan pembayaran balik gadai janji lebih tinggi dalam tempoh 2 tahun akan datang.
  • Pembayaran tahunan boleh melonjak sebanyak £3,000 dalam beberapa kes.
  1. Inflasi menurun pada 2023
  • Inflasi yang mencecah 10.1% pada bulan September, dijangka memuncak 11% pada musim sejuk ini, sebelum jatuh tahun depan.
  • Sasaran BOE adalah untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 2%.
  1. Kadar faedah tidak akan naik seperti dijangkakan
  • Susulan jangkaan inflasi akan jatuh tahun depan, BOE tidak melihat kadar faedah akan meningkat sebanyak yang diramalkan.
  • Kenaikan kadar faedah terbaru menjadikan kadar semasa meningkat kepada 3%.
  • Penganalisis kini berpendapat kadar faedah akan memuncak sekitar 4.75% pada tahun depan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat