BOJ Campur Tangan Lagi, Tingkatkan Pembelian Bon Lebih Banyak!

277

Bank Pusat Jepun (BOJ) meningkatkan usaha mengekang hasil bon dari terus melonjak tinggi dengan menawarkan untuk membeli lebih banyak bon kerajaan pada Rabu.

Campur tangan daripada BOJ hadir ketika ia cuba untuk mengekalkan dasar monetarinya yang longgar walaupun bakal menyebabkan kejatuhan mata wang yen lebih parah dan meningkatkan kos import serta menjejaskan ekonomi.

Bank pusat itu sekali lagi meningkatkan pembelian bon kerajaan (JGB) dengan tempoh matang tiga hingga 10 tahun dengan gabungan 450 bilion yen dalam operasi pasaran hari Rabu.

Selain itu, BOJ juga menawarkan untuk membeli 250 bilion yen dalam JGB jangka panjang dalam operasi kecemasan yang tidak berjadual.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bank pusat, BOJ dikatakan akan menambah bilangan tarikh lelongan dan jumlah pembelian langsung JGB mengikut keperluan dengan mengambil kira keadaan pasaran.

Langkah itu menyokong campur tangan BOJ dalam pasaran bon, bermula dari Isnin hingga Khamis, dengan tawaran untuk membeli bon kerajaan 10 tahun tanpa had pada 0.25%.

Susulan pengumuman tersebut, hasil bon 10 tahun susut dari paras tertinggin enam tahun susulan tindakan tersebut ke sekitar tahap 0.22%. Sementara mata wang yen pula meningkat dengan didagangkan pada sekitar harga 121.70 berbanding USD.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat