BoJ Perlu Lakukan Sesuatu Bagi Mencapai Sasaran Inflasi : Ben Bernanke

52

Bekas Pengerusi Fed iaitu Ben Bernanke berkata pada Rabu bahawa Bank Pusat Jepun perlu menyelaraskan program perbelanjaan fiskal kerajaan yang baru seiring dengan lonjakan inflasi.

Bernanke juga berpendapat bahawa rangka kerja dasar semasa BoJ mungkin akan mencapai hadnya memandangkan kadar faedah jangka pendek dan jangka panjang diletakkan pada bacaan menghampiri sifar peratus.

Sebagai pendekatan secara langsung, BoJ perlu melonjakkan inflasi menghampiri sasaran bagi mengelakkan kenaikan nisbah hutang kepada bacaan KDNK.

Walaupun ekonomi Jepun menunjukkan peningkatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga pengguna tidak melonjak kepada bacaan yang meyakinkan. Inflasi dilapor menghampiri paras sifar hampir dua tahun dan menyebabkan sasaran 2 peratus ibarat sukar dicapai oleh BoJ.

Faktor-faktor lain seperti penuaan dan pengecutan populasi yang dijangka bakal mengganggu pertumbuhan juga bakal melambatkan proses untuk mencapai sasaran inflasi.

Bernanke berucap demikian di Brookings Institution di dalam satu seminar anjuran Bank Pusat Jepun.

 

Perbincangan Lanjutan Pemotongan Bekalan Merupakan Fokus Utama Pasaran Minyak Mentah Ketika Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat