BOJ Sahkan Akan Kekal Dengan Dasar Monetari Longgar, Yen Terjun Lagi!

337

Pengarah eksekutif Bank Pusat Jepun (BOJ) berkata bank pusat itu akan mengekalkan dasar monetarinya yang longgar kerana kenaikan inflasi baru-baru ini didorong oleh kos bahan api dan boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Jepun.

Ketika bercakap di parlimen pada Isnin, Shinichi Uchida turut memberi amaran bahawa pergerakan mata wang yen yang sangat tidak menentu boleh menjejaskan pertumbuhan.

Kenyataan tersebut merujuk kepada kejatuhan mata wang itu yang menghampiri harga 125 berbanding dolar AS, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai risiko lebih luas kepada ekonomi Jepun yang bergantung kepada import.

Menurut Uchida, adalah wajar untuk mata wang bergerak secara stabil mencerminkan asas ekonomi dan kewangan seiring dengan dasar yang disahkan oleh negara G7 dan G20.

Dalam jangka pendek, turun naik berlebihan dalam pergerakan mata wang boleh meningkatkan ketidakpastian terhadap prospek dan menyukarkan syarikat untuk membuat rancangan perniagaan.

US dolar meningkat di atas paras harga 125 berbanding yen pada Isnin dengan turut mencatat paras ketinggian terbaharu sejak Jun 2015 ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Federal Reserve (Fed) menyerlahkan perbezaan kadar semakin meluas antara Amerika Syarikat dan Jepun.

Sementara itu, BOJ turut menurunkan penilaiannya untuk kebanyakan ekonomi serantau di negara itu dan Gabenor Haruhiko Kuroda memberi amaran mengenai ketidakpastian yang sangat tinggi terhadap kesan krisis Ukraine dan Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat