Boleh Ke EUR/USD Naik Sampai Paras Tertinggi Ketika Covid-19?

1,189

Euro pamerkan kenaikan semula pada penghujung dagangan minggu lalu dan bergerak di sekitar paras tertinggi 4 bulan berbanding US dolar pada carta pasangan EUR/USD.

Ini adalah didorong oleh harapan untuk para pemimpin Eropah untuk memecah kebuntuan dalam perbincangan berkenaan bantuan rangsangan ekonomi kepada negara anggota.

Namun, pelabur kekal berhati-hati berikutan perkembangan rundingan masih lagi belum mampu memberi keyakinan di samping masih membincangkan langkah terbaik dalam menyalurkan bantuan.

US dolar pula kembali bergerak lemah menutup dagangan minggu lalu di tengah-tengah peningkatan kes yang semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan juga enggan untuk melaksanakan perintah sekatan kerana bimbang kesan jangka panjang terhadap ekonomi ekoran kadar pengangguran kekal di paras yang tinggi. Selain itu, keyakinan penggunan di AS juga telah menyusut pada bulan Julai.

Penyusutan US dolar juga turut memberi kesan kenaikan harga pada carta EUR/USD namun zon resistance harga sekitar 1.14500 masih gagal ditembusi.

Pada sesi Asia pagi ini, permulaan dagangan minggu ini melihatkan penurunan dari zon resistance tersebut menuju semula ke paras tumpuan 1.14000 selepas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan diuji pada pergerakan 1 jam di carta EUR/USD.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon RBS (resistance become support) sekitar 1.13700 sebelum turun lebih rendah ke zon RBS 1.13300.

Jika harga kembali pamer kenaikan semula, zon resistance 1.14500 akan cuba ditembusi untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan.

Destinasi kenaikan seterusnya dilihat pada resistance 1.14900 yang dicapai pada dagangan Mac lalu ketika krisis pandemik Covid-19 bermula.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat