Bonjour! Paris Baguette Labur RM130 Juta Di Johor!

245

Kedai roti global Paris Baguette yang dimiliki oleh Kumpulan SPC Korea Selatan bakal melabur RM130 juta dalam membangunkan hab makanan halal pertamanya di Johor.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghaz, hab makanan yang dinamakan Pusat SPC berupaya menghasilkan 11 tan doh sejuk beku pada setiap hari susulan mewujudkan 100 pekerjaan berkaitan pembuatan dan pengurusan.

Tambahnya lagi, beliau berhasrat untuk melihat SPC mencapai kejayaan besar dengan memberi impak sosio-ekonomi yang positif di Johor ekoran ekosistem negeri tersebut mampu menarik minat para pelabur.

Suka dimaklumkan juga bahawa kerajaan negeri menyebut semasa majlis pecah tanah di Nusajaya Tech Park bahawa mereka akan meneruskan bantuan dalam menyokong perkembangan SPC di wilayah ini.

Antara individu terpenting yang hadir adalah Presiden Kumpulan SPC Hur Jin Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Wira Arham Abdul Rahman; dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Lee Ting Han.

Sementara itu, Hurt menegaskan bahawa kumpulan SPC telah ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai sebuah kedai roti kecil di Korea Selatan manakala membangunkan Paris Baguette pada 1988, yang kini mempunyai 4,000 kedai di seluruh dunia.

Difahamkan juga bahawa penubuhan pusat SPC di Nusajaya Tech Park Johor akan mengukuhkan lagi penjenamaannya dalam pasaran Muslim yang turut menjadikannya sebagai kilang pembuatan pertama di Asia Tenggara.

Selain daripada memperkembangkan perniagaannya di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura, Paris Baguette kini berhasrat untuk mengukuhkan perniagaan pastrinya di Asia tenggara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat