Boom! Boom! BTC Meletup Sehingga $34,000!

584

“Mesti pelabur gembirakan, ye la seluruh pasaran kripto sedang menghijau.”

Tanpa disedari, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya menggunung sehingga menembusi $34,700 buat kali pertama sejak Mei tahun lalu di tengah-tengah suasana para pelabur yang semakin berminat dalam spot BTC ETF.

Selain terdapat peningkatan ketara dalam jumlah dagangan untuk pasaran spot, harga BTC turut menyaksikan pendakian agak drastik susulan daripada spot BTC ETF yang dicadangkan oleh firma gergasi pelaburan BlackRock.

Menurut penganalisis Scott Johnson pada 23 Oktober 2023, terdapat dua maklumat baharu yang dapat mendorong kelulusan spot BTC ETF untuk BlackRock dipercepatkan.

BlackRock telah memperoleh lesen khas “CUSIP”, kemudian tidak lama lagi akan memulakan proses produk spot ETF paling ditunggu-tunggu mereka dengan tunai, ulas Johnson dengan lebih terperinci.

Suka dimaklumkan kenaikan harga BTC juga berlaku apabila pertumbuhan ketara dalam jumlah dagangan spot BTC tercetus, di mana volum dagangan spot telah mencanak lebih $35 bilion dalam tempoh 24 jam lalu iaitu peningkatan sebanyak 241%.

Jadi di sini dapat dilihat terdapat petanda yang menggalakkan bagi seluruh pasaran kripto memulakan momentum kenaikan ditambah pula data Coinshares menunjukkan bahawa produk pelaburan aset digital melihat aliran untuk minggu keempat berturut-turut.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 11.94% pada paras $33,781 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $659 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 19.25% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat