Boom! BTC Akhirnya Meletup Hampir $72K!

427

“Pagi-pagi mesti semua dah gembirakan, harapnya keseronokan ini dapat berkekalan lah.”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada pembukaan sesi pasaran Asia pagi ini memberi kejutan apabila harganya pantas menembusi $71,872 sehingga menyebabkan para pelabur ingin tahu berhubung faktor asas yang mendorong pendakian tersebut.

Perlu diketahui permodalan yang direalisasikan bagi whales baharu telah berterusan meningkat sejak Januari 2024, jadi di sini dapat dilihat terdapat pengumpulan aktiviti oleh pelabur besar yang mencetuskan kenaikan harga BTC.

Sebaliknya permodalan direalisasikan untuk whales lama yang kekal stabil pula menunjukkan pelabur jangka panjang masih memegang BTC dan ini membawa makna mereka sungguh yakin terhadap nilai masa depan aset digital itu.

Suka dimaklumkan juga BTC ETF Grayscale akhirnya berjaya melihat aliran masuk kecil sepanjang minggu setelah sekian lama mengalami aliran keluar $16.6 bilion sementara Hong Kong dan Kanada masing-masing terdapat aliran keluar $83 juta serta $17 juta.

Pemulihan seluruh pasaran kripto termasuk BTC tercetus pada minggu lepas lagi selepas terbitan data Indeks Harga Pengguna (CPI) didapati menurun daripada ramalan kemudian pemfailan institusi tahunan menunjukkan penyertaan menarik dalam spot BTC ETF daripada lembaga pencen negeri Wisconsin.

Namun harus diingatkan strategi Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk menguruskan inflasi dan mengelakkan kemelesetan mampu memberi kesan liquidity yang boleh menjejaskan daya tarikan aset terhad seperti BTC.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 7.48% pada paras $71,151 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 13.15% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat