Boom! Render (RNDR) Meletup Hampir 30% Menembusi $10!

179

“Bersedia semua, entah-entah lepas ni kripto AI lain pula yang naik tinggi.”

Render (RNDR), mata wang kripto berkaitan Artificial Intelligence (AI) memberi kejutan kepada para pelabur sejurus selepas harganya menggunung sehingga $10.10 pada hari ini daripada $6.80 pada 1 Mei 2024.

Memang tidak dinafikan turun naik kekal tinggi pada masa ini, tetapi RNDR tetap berjaya mengekalkan pertumbuhan Year-To-Date (YTD) kira-kira 95.58% yang mengatasi token AI di dalam ekosistem aset digital.

Sebagai protokol AI, RNDR juga direka bentuk sebagai rangkaian Rendering GPU bagi menghubungkan miners melalui keupayaan GPU bersama artis dan studio yang memerlukannya kemudian kos di dalam ekosistem AI akan menjadi lebih murah.

Suka dimaklumkan banyak protokol kripto dan firma Wall Street sedang berada dalam gelombang AI, misalnya NVIDIA adalah salah satu penerima terbesar AI susulan penilaiannya mendahului $2 trilion pada tahun ini.

Rentetan itu, ramai penganalisis sungguh yakin terhadap NVIDIA disebabkan hardware GPU dan software dominan mereka yang telah meletakkannya sebagai peneraju dalam perlumbaan AI tetapi perlu diketahui Apple juga dijangka akan mengintegrasikan AI dalam iPhone.

Pembentukan Artificial Superintelligence Alliance (ASI) oleh Fetch.ai (FET), SingularityNET (AGIX) dan Ocean Protocol (OCEAN) juga merupakan bukti potensi AI yang sudah dilihat ramai orang susulan ASI telah dapat sokongan diperlukan daripada komuniti protokol itu.

Setakat penulisan ini, harga RNDR melonjak sebanyak 10.48% pada paras $10.08 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $3 bilion kemudian merekodkan pendakian 27.76% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat