Bored Ape NFT Muncul Dalam Trailer Piala Dunia Adidas, Tampilkan Son, Messi & Benzema

247

Jenama terkenal Adidas dilaporkan telah menyertakan watak Bored Ape Yacht Club (BAYC) yang digelar Indigo Herz dalam trailer promosi diterbitkan bersama bintang bola sepak Lionel Messi, Heung-min Son serta Karim Benzema.

Adidas sebelum ini difahamkan membeli Indigo Herz atau BAYC #8774 pada 46 Ethereum (ETH) bernilai $156,000 pada September 2021.

Berbalik kepada topik asal, iklan promosi tersebut memaparkan Herz pada kotak bijirin yang dipegang oleh Benzema, sementara Stormzy, ikon rap Britain pula membuat penampilan kameo sebagai pemandu jurulatih yang datang mengambil para pemain yang bertanding dalam perlawanan tersebut.

Suka dimaklumkan bahawa Yuga Labs merupakan syarikat pengasas disebalik BAYC yang memberikan para pemegang hak harta intelek penuh menggunakan watak koleksi digitalnya sebagai usaha komersial.

Rentetan itu, Adidas bebas menggunakan NFT BAYC pembeliannya pada produk fizikal atau digital, jersi sukan, kasut termasuk logo tradisional.

Antara perancangan baharu yang dibuat oleh jenama terkenal tersebut adalah akan melancarkan Capsule Collection NFT dalam tempoh dua hari lagi dan berfungsi sebagai penyediaan item pakaian fizikal untuk ditebus kembali.

Sementara itu, para pemegang Adidas Into the Metaverse NFT Fasa 1 diberikan utiliti fizikal dalam bentuk barangan pakaian eksklusif seperti hoodie hitam dan beanie oren Gmoney manakala fasa 2 akan diberi akses kepada pengalaman metaverse.

Diperjelaskan juga bahawa Adidas telah memeterai perjanjian lain bersama Yuga Labs, influencer popular GMoney dan koleksi NFT Punks Comics bagi mengembangkan usahanya dalam penglibatan metaverse.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat