Bravo! Lelaki Terkaya Dunia Pun Miliki NFT!

3,444

“Agaknya Bernard Arnault beli NFT apa eh?”

Selain memiliki 75 jenama mewah seperti Louis Vuitton, Tiffany dan Tag Heuer, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH, Bernard Arnault yang turut merupakan lelaki terkaya di dunia telah mempunyai koleksi non-fungible token (NFT).

Walaupun Arnault sebelum ini berasa ragu-ragu tentang teknologi tersebut, beliau kini menunjukkan minat mendalamnya terhadap NFT.

Semasa berbual bersama bekas penasihat dan Ketua Pegawai Digital (CDO) LVMH bernama lan Rogers, beliau mendedahkan sendiri koleksi digital yang dibelinya sungguhpun jualan pasaran NFT sejak kebelakangan ini tidak memberangsangkan.

Suka dimaklumkan bahawa Arnault terdahulu telah mempamerkan sikap positif terhadap NFT, namun anak lelakinya berbeza susulan ia sudah lama menunjukkan minat yang sangat besar kepada koleksi digital.

Di samping Alexandre Arnault yang pernah menggembar-gemburkan koleksi NFT beliau sendiri iaitu loket Cryptopunk Tiffany, CEO tag Heuer Frédéric Arnault telah menunjukkan semangatnya terhadap teknologi Web3.

Semasa berada dalam podcast Aarthi dan Sriram, Rogers yang menjadi ketua pegawai pengalaman di Ledger dan sedang mengusahakan wallet Ledger digelar Stax pula memberi kepastian bahawa Arnault telah membeli NFT.

Tambahan itu, Rogers mendedahkan Arnault telah menunjukkan NFT kepadanya atas kehendaknya sendiri, ulas beliau lagi selepas hos tersebut bertanya sama ada Arnault mempunyai wallet dan mungkin membeli koleksi digital yang mungkin mereka tidak tahu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat