Brexit : UK Dedah Rancangan Hapuskan Sebahagian Protokol Ireland Utara

209

Kerajaan UK telah mendedahkan rancangan untuk menghapuskan sebahagian daripada perjanjian pasca-Brexit yang dipersetujuinya dengan Kesatuan Eropah (EU) pada 2019.

UK sebelum ini mencadangkan untuk mengubah beberapa syarat yang terkandung dalam Protokol Ireland Utara bagi memudahkan pergerakan barangan dari Britain ke Ireland Utara.

Bagaimanapun, cadangan tersebut ditentang oleh EU dengan mengatakan bahawa ia melanggar undang-undang antarabangsa.

Hal menyebabkan Britain tidak mempunyai pilihan lain selain menghapuskannya bagi menjaga kepentinggan negara itu.

Kerajaan merancang untuk menyingkirkan peraturan yang tidak perlu mengenai pemeriksaan barangan, manakala perniagaan di Ireland Utara akan mendapat pelepasan cukai yang sama seperti dilakukan di tempat lain di UK.

Rang undang-undang itu juga akan memastikan bahawa sebarang pertikaian perdagangan diselesaikan dengan perbicaraan bebas dan bukan oleh Mahkamah Keadilan Eropah.

Pindaan dalam rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dan diundi oleh Parlimen untuk diluluskan.

Konflik ini bakal menambahkan lagi tekanan buat mata wang pound yang sudah sedia tertekan oleh US dolar yang lebih kuat menyebabkannya menjunam ke paras terendah 2 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat