BRICS Sedia Sertai Dunia Kripto, Sistem Pembayaran Blockchain Bakal Dicipta!

1,343

“Dah banyak institusi besar masuk dalam pasaran kripto, sekarang BRICS pula?”

Baru-baru ini dikejutkan berita oleh agensi berita Rusia Tass mengenai kumpulan BRICS lima negara yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan bakal berusaha mewujudkan sistem pembayaran berdasarkan blockchain dan teknologi digital.

Menurut pembantu Kremlin Yury Ushakov, mewujudkan sistem pembayaran BRICS bebas adalah matlamat penting untuk masa depan susulan ia memudahkan kerajaan, rakyat biasa dan perniagaan termasuk kos efektif serta bebas daripada politik.

Usaha tersebut adalah sebagai sebahagian daripada tugas khusus tahun ini di mana mereka berhasrat meningkatkan peranan BRICS dalam sistem monetari antarabangsa untuk mengurangkan pergantungannya pada dolar Amerika Syarikat (AS) atau lebih dikenali sebagai de-dollarization.

Ushakov turut berkata bahawa mereka akan terus membangunkan Pengaturan Rizab Kontinjen terutamanya mengenai penggunaan mata wang yang berbeza daripada dolar AS.

Pada minggu lepas, satu lagi laporan TASS mendedahkan Kementerian Kewangan Rusia, Bank of Russia dan rakan kongsi BRICS akan mewujudkan platform pembayaran pelbagai bahagian BRICS Bridge untuk menambah baik sistem monetari global.

Bukan itu sahaja, Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan Klaas Knot yang mengawasi sistem kewangan global juga menulis kepada menteri kewangan dari negara G20 bahawa aset digital, tokenization dan artificial intelligence (AI) kekal keutamaan.

Pada sisi berbeza, Menteri Luar Afrika Selatan Naledi Pandor melaporkan Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mengesahkan minatnya untuk menyertai Kumpulan BRICS dalam beberapa bulan selepas Sidang Kemuncak BRICS 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat