Britain-EU Gagal Memeterai Perjanjian, Matawang GBP Menjunam Semula Pada Isnin

105

Britain dan Kesatuan Eropah (EU) telah gagal mencapai kesepakatan untuk meneruskan rundingan Brexit ke fasa berikutnya. Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Jean-Claude Juncker berkata kesepakatan mengenai syarat perpisahan Britain dan EU masih belum dicapai.

Laporan ini telah menyebabkan kejatuhan matawang GBP pada Isnin pukul 11 malam. Pasangan matawang GBP/USD pada mulanya naik lebih dari 100 pip disebabkan spekulasi positif tentang rundingan pukul 7 malam pada Isnin.

Matawang GBP membuat kenaikan yang mendadak pada Isnin selepas laporan bahawa Britain dan Kesatuan Eropah semakin hampir dengan perjanjian Brexit.

Pasangan matawang GBP/USD melonjak lebih dari 100 pip sejak pukul 7 petang pada Isnin dari paras 1.3426. Berita tersebut dilaporkan oleh BBC di mana ahli parlimen Eropah Philip Lambert berkata draf rundingan hari ini termasuk permintaan UK terhadap sempadan Ireland.

Selepas beberapa jam laporan tersebut dikeluarkan, Juncker berkata kedudukan semasa kedua-dua pihak masih belum bertemu kata sepakat. Namun beliau percaya perkara ini dapat diselesaikan menjelang sidang kemuncak EU pada 15 Disember ini.

Sementara itu May pula berkata rundingan lanjut akan diteruskan minggu ini dan menegaskan hasil positif dapat dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat