Britain Mahu Kepastian Daripada Amerika Syarikat Selepas Brexit

45

Britain mahu memastikan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat tidak terganggu dan akan berunding dengan US dalam memeterai perjanjian perdagangan, kata Menteri Perdagangan UK, Liam Fox kepada pegawai pentadbiran White House dalam pelancaran rundingan ‘Post- Brexit‘ pada Isnin.

Fox dan rakan sejawatnya Robert Lighthizer bersama-sama mempengerusikan mesyuarat pertama perdagangan US-UK yang akan memulakan perjanjian bilateral selepas Brexit.

Ketika ini Britain tidak boleh memasuki mana-mana perjanjian sehinggalah mereka benar-benar telah meninggalkan EU pada 2019. Namun, UK mahu memastikan adanya dokumen sah antara kedua negara agar ia tidak terganggu di masa akan datang.

“Keutamaan kami adalah untuk memberikan keyakinan kepada perniagaan kepada kedua-dua pihak,” kata Fox.

Pada Selasa, sebagai sebahagian daripada kempen keluarnya UK dari EU, Fox dijangka akan berucap di hadapan pembuat polisi di Capitol Hill dan juga akan melancarkan laporan lanjut perdagangan dan pelaburan British kepada 435 bahagian kongres di Amerika Syarikat.

Untuk rekod, perdagangan antara Amerika Syarikat dan Britain berjumlah $200 billion setahun.

Presiden Trump telah mengatakan pentadbiran beliau akan bekerja keras untuk mendapatkan perjanjian bilateral dalam perdagangan dengan UK.

Perdagangan adalah isu utama dalam kempen Brexit apabila bekas Presiden Barack Obama berkata Britain perlu menunggu lebih lama untuk perjanjian dagangan jika mereka mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat