Britain Teruja Untuk Menjalin Hubungan Perdagangan Bebas dengan AS, Sebaik Sahaja Secara Rasmi Meninggalkan EU

56

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh BBC, Britain dijangka akan menjadi antara negara yang “teruja” untuk mengadakan rundingan perdagangan dengan pentadbiran di bawah pimpinan Donald Trump.

Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat iaitu Bob Corker berkata selepas mengadakan mesyuarat dengan Setiausaha Luar British iaitu Boris Johnson, perjanjian perdagangan antara kedua-dua negara ini akan menjadi keutamaan buat Britain selepas Brexit.

Sebelum undian Brexit dijalankan, Presiden Barack Obama menggesa rakyat Britain untuk kekal berada dalam Kesatuan tersebut. Beliau juga akan amaran bahawa jika Britain meninggalkan blok, negara tersebut boleh tersenarai sebagai antara yang “terakhir” untuk mematerai hubungan perdagangan dengan AS.

Namun begitu, Corker berkata kepada pemberita, Britain dilihat akan menggunakan peluang yang ada untuk kepentingan jangka panjang buat negara tersebut.

Semasa lawatan Trump ke Scotland tempoh hari, beliau menyifatkan bahawa Brexit merupakan “peristiwa menarik” untuk beliau walaupun umum mengetahui bahawa Britain tidak boleh menandatangani apa-apa perjanjian perdagangan sebelum secara rasminya meninggalkan blok berkenaan.

Selepas lawatan di Trump Tower dan mengadakan pertemuan dengan ahli Kongres di Washington, Johnson menyifatkan bahawa pentadbiran baru Trump berpotensi membawa suatu perubahan memandangkan keakraban hubungan antara Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Johnson juga mengatakan bahawa UK sebelum ini telah bekerjasama dengan AS bagi keselamatan global. Jadi, sudah tentu akan ada perjanjian yang lebih menarik bagi perdagangan bebas.

Beliau juga mengatakan bahawa Amerika merupakan tumpuan utama Britain untuk menjalin hubungan perdagangan bebas. Justeru,Johnson menjangkakan tahun ini akan menjadi tahun yang sangat menarik bagi kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat