BTC Bakal Melambung Ke $69K Tapi Ada Halangannya!

747

“Mungkin harga BTC akan naik lagi lepas raya pula?”

Seorang penganalisis digelar DonAlt memberitahu kepada 476,800 pengikut akaun Twitter miliknya bahawa mata wang kripto Bitcoin (BTC) berpotensi untuk mencecah paras melebihi $69,000 pada tahun ini.

Meskipun begitu, BTC haruslah melepasi zon rintangan $33,000 sekiranya ingin meneruskan pergerakan bullish, ulas DonAlt lagi.

Walau bagaimanapun, penganalisis tersebut berkata BTC tidak akan melonjak hingga ke paras tertinggi secara pantas susulan ia mungkin melihat momentum mendatar terlebih dahulu sebelum naik menembusi $33,000.

Dalam pada itu, DonAlt turut berpandangan harga BTC akan melepasi paras $50,000 sebelum turun semula pada zon sokongan $30,000 untuk mendaki lebih tinggi.

Sementara rakan ahli strategi kripto bernama Cred juga mempunyai ramalan serupa, di mana beliau menjangkakan BTC mampu mencapai $32,250 dalam masa terdekat ini tetapi mungkin sukar untuk memecah $35,000.

Namun jika harga BTC dapat memecah paras tersebut maka aset digital tersebut berupaya untuk melepasi $40,000 ataupun lebih tinggi lagi.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.45% pada paras $29,869 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $577 bilion namun masih mencatatkan keuntungan sekitar 5.13% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat