BTC Bakal Pulih Semula Pada Oktober?

359

“Pasaran kripto tidak menentu tau, jadi jangan ingat harga akan ikut macam apa kita nak.”

Ted Talks Macro, pedagang dan podcaster mata wang kripto terkenal mendedahkan beberapa faktor yang mampu mendorong harga aset digital termasuk Bitcoin (BTC) mendaki tinggi dalam beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun, Macro berpandangan pengekalan kadar faedah lebih tinggi oleh Federal Reserve (Fed) dapat mencetuskan ketidakpastian dan persoalan sama ada BTC mampu bertahan atau tidak jika pasaran kripto melihat momentum berbeza-beza.

Meskipun begitu, Rekt Capital mengulas BTC boleh mencecah semula $29,200 pada Oktober 2023 susulan harganya berjaya menyaksikan kenaikan 10% pada Oktober 2019.

Namun perlu diketahui bahawa paras $25,000 adalah zon sokongan kuat BTC manakala zon rintangannya yang paling sukar untuk ditembusi adalah $29,500 diikuti dengan $30,000 yang sudah banyak kali disentuh.

Suka dimaklumkan salah satu penganalisis kripto terkemuka juga berkongsi pendapatnya, di mana beliau berkata BTC akan terus bergerak mendatar susulah harganya masih gagal melepasi zon rintangan utamanya pada $25,000 sehingga $26,000.

Jika diperhatikan, harga BTC sepanjang tahun ini tidak dapat mencanak lebih tinggi daripada $30,000 dan September 2023 adalah bulan terburuk untuk aset digital tersebut yang pada masa ini masih berlegar di bahawa $26,500.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.04% pada paras $26,246 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $511 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 3.75% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat