BTC Berdarah $56K, Butiran FOMC Diberi Fokus!

540

“Cuba kalau BTC jatuh lagi sampai $52K, korang lagi suka atau tak suka?”

Para pelabur pada Rabu semalam pasti tergamam setelah melihat harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menjunam sehingga $56,604 disebabkan permintaannya yang kian merosot berbanding positions short.

Spot BTC ETF sehingga 1 Mei 2024 yang menyaksikan jumlah aliran keluar kira-kira 10% juga menjadi punca kejatuhan harga BTC, di mana Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) menjual $17 bilion sejak spot BTC ETF diluluskan.

Liquidations bernilai lebih $381.7 juta di dalam pasaran derivatif kripto yang tercetus dalam masa 24 jam lalu biasanya melibatkan penjualan aset digital secara sukarela oleh broker yang boleh mendorong harga BTC turun lebih rendah.

Menurut firma penyelidikan aset digital 10x Research, harga BTC boleh mengalami tekanan jualan ke $52,000 susulan aliran keluar daripada spot ETF di Amerika Syarikat (AS) berjumlah $540 juta telah berlaku sejak acara halving BTC pada 20 April 2024.

Meskipun begitu, harga BTC didapati memulih semula di atas $59,000 sejurus selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan bagi mengekalkan kadar faedah 5.25% sehingga 5.5% semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.

Fed turut merancang untuk memperlahankan kadar faedah melalui penjualan sekuriti Perbendaharaan AS mulai Jun 2024 yang boleh mengurangkan had penebusan bulanannya daripada $60 bilion kepada $25 bilion.

Kata-kata daripada Fed telah menyebabkan pelabur bimbang bank pusat AS mungkin perlu mengekalkan kadar faedah lebih tinggi bagi tempoh lebih lama untuk meredakan inflasi harga di seluruh negara yang kekal melebihi 3%.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC merudum sebanyak 4.18% pada paras $57,716 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 10.74% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat