BTC Bergerak Volatile, Trader Menantikan Data-Data Penting Minggu Ini!

195

“Asyik kat situ je, bila harga BTC nak naik ni. Lambat lagi ke?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melihat pergerakan agak volatile setelah terbitan data PMI Pembuatan ISM di Amerika Syarikat (AS) berada pada 48.5 berbanding jangkaan bacaan 49.1 dan rekod setakat Mei ialah 48.7.

Data tersebut penting bagi mengukur arah inflasi dalam negara susulan merupakan penunjuk ekonomi yang mengukur prestasi sektor pembuatan dan mengukur tahap permintaan untuk produk dengan melihat aktiviti pesanan.

Namun perlu diketahui harga BTC baru-baru ini memulih sedikit di atas $63,000 disebabkan pelabur ingin memerhatikan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell buat ulasan pada persidangan Bank Pusat Eropah (ECB) pada Selasa hari ini.

Bukan itu sahaja, pelabur juga akan memerhatikan minit mesyuarat Fed pada awal pagi Khamis ini yang boleh memberikan pandangan tentang cara jurubank pusat melihat inflasi, kadar faedah dan ekonomi kemudian data pengangguran pula akan dikeluarkan pada Jumaat.

Penggubal dasar bank berkata bahawa peningkatan pengangguran tidak dijangka boleh mendorong Fed bergerak lebih agresif untuk mengurangkan kadar faedah buat kali pertama yang dijangka berlaku pada September 2024.

Pun begitu, petunjuk lanjut berhubung dasar Fed adalah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk Julai 2024 dengan pedagang niaga hadapan menetapkan harga dalam dua pemotongan kadar faedah yang dijangka berlaku pada suku akhir tahun ini.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.87% pada paras $62,851 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion tetapi masih mencatatkan kenaikan 4.25% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat