BTC Kembali Merebut Paras $30k, Adakah Pasaran Boleh Mula Menarik Nafas Lega?

462

Beberapa waktu pasaran kripto dilihat sendu dengan beberapa kali percubaan oleh Bitcoin (BTC) untuk mengekalkan paras dagangan $30k. Namun pada hari awal minggu ini, pasaran kripto mula pulih. . Dalam 24 jam yang lalu, jumlah permodalan meningkat kira-kira $60 bilion dengan kebanyakkan matawang kripto mula melakukan lonjakan.

Ketika penulisan harga Bitcoin didagangkan sekitar $30,551.65 di CoinMarketCap, meningkat 4.50% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Namun harus dimaklumi bahawa pada minggu lalu, BTC telah menutup pada dagangan yang rendah. Ini menjadikan minggu kesembilan BTC ditutup rendah secara berturut-turut Satu perkara yang jarang terjadi dalam sejarah pasaran kripto.

Penganalisis percaya bahawa antara faktor yang mendorong lonjakan harga dalam pasaran kripto ialah tweet dari Elon Musk dimana beliau merancang untuk membenarkan pembayaran dalam matawang kripto Dogecoin (DOGE) dalam membuat pembelian barangan SpaceX.

Dengan itu kelompok ‘whales’ telah mula melakukan pembelian untuk menambahkan pegangan berdasarkan sentimen yang positif. Matawang kripto seperti Ethereum naik 6.5%, manakala SOL naik lebih daripada 8%.

Secara keseluruhannya, pasaran meningkat sebanyak $60 bilion dalam tempoh 24 jam yang lalu. Waima dilihat berlakunya pemulihan, pasaran masih kekal dalam keadaan ketakutan yang melampau. Pasaran terus berhati-hati dan memantau aliran perdagangan pasaran kripto.

img2_fearandgreed

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat