BTC Kukuh Sebab MicroStrategy, Bursa Terbesar Australia Bakal Lulus ETF!

246

“Memang naik, tapi tak excited pun sebab sebelum ni pun cama tu pastu turun balik.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada pembukaan pasaran sesi Asia hari ini tanpa disedari mengukuh pantas sehingga $64,659 sejurus selepas sentiasa berlegar-legar di bawah $63,000 pada 29 April semalam.

Pendakian tersebut mungkin disebabkan MicroStrategy yang baru-baru ini memperoleh lagi 122 unit BTC bernilai $7.8 juta, jadi di sini dapat dilihat firma diasaskan oleh Michael Saylor itu secara keseluruhannya sudah memegang 214,000 BTC.

Menurut Andrew Kang, Ketua Pegawai Kewangan MicroStrategy berkata firmanya telah memperoleh 25,250 BTC sejak akhir suku keempat sementara suku ke-14 mereka secara berturut-turut menambah lebih banyak aset digital itu pada kunci kira-kiranya.

Memang tidak dinafikan BTC telah memulih semula pada awal pagi ini, tetapi harganya jika dilihat tetap tidak memberi sebarang reaksi ketara dan keterujaan para pelabur juga makin mundur biarpun spot ETF kripto Hong Kong akan berlaku.

Menerusi pemerhatian, seluruh pasaran kripto termasuk BTC telah bergerak mendatar selama beberapa minggu kebelakangan ini susulan kekurangan naratif pelaburan yang kukuh bagi memacu harganya naik lebih tinggi.

Suka dimaklumkan pula bahawa bursa sekuriti terbesar Australia ASX dijangka meluluskan spot BTC ETF sebelum akhir 2024, oleh itu ia terus terlibat dengan beberapa penerbit yang berminat untuk menerima ETF berasaskan kripto.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.85% pada paras $64,309 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 4.12% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat