BTC Makin Sembuh, Tapi Ada Halangan Menanti?

310

“Mesti semua pelabur bosankan sebab harga BTC mendatar je?”

Raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengekalkan kedudukannya di bawah $43,000 disebabkan permintaan kekal positif, tetapi harganya mungkin merudum lagi apabila penurunan terbarunya menghancurkan margin keuntungan tidak direalisasi pemegang jangka pendek pada 0%.

Meskipun begitu, platform analitik on-chain CryptoQuant sungguh percaya kenaikan harga BTC akan berlaku tidak lama lagi susulan margin keuntungan tidak direalisasi yang jatuh pada sifar adalah kriteria untuk aset digital itu untuk meneruskan pendakiannya.

Pada 23 Januari 2024, penilaian BTC dilihat rendah disebabkan premium Coinbase yang negatif ditambah pula miners aset digital itu dapat bayaran sangat rendah sehingga menyebabkan peningkatan tekanan jualan daripada miners.

Namun, harga BTC melantun semula pada $43,000 pada 29 Januari apabila buy orders telah menguasai pasaran niaga hadapan kekal setelah pedagang menutup short positions mereka, ulas CryptoQuant sambil menambah acara halving akan melihat rekod kripto mencatatkan pulangan yang besar.

Permintaan untuk BTC juga akan kekal positif bukan sahaja disebabkan whales yang melakukan aktiviti terkumpul sehingga meningkatkan pegangannya pada paras terakhir dilihat pada Disember 2022 malah aliran keluar daripada ETF Grayscale telah berkurangan.

Suka dimaklumkan jumlah pegangan BTC bagi sembilan spot ETF telah berkembang ke tahap baharu melebihi 150,000 dan liquidity stablecointurut positif dengan modal pasaran Tether (USDT) canak ke paras tertinggi baharu pada $96 bilion.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.49% pada paras $42,327 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $830 bilion tetapi masih mencatatkan lonjakan 0.69% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat