BTC Merah Menyala, Apa Puncanya?

1,367

“Sajalah nak tanya, korang semua nak harga BTC jatuh lagi atau naik?”

Gagal mengekalkan kedudukannya, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum sehingga $64,552 apabila terbitan data Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS) semalam melihat perkembangan 2.5% dalam indeks pembuatannya.

Oleh demikian, jangkaan bagi pelonggaran dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) semakin menurun ditambah pula penanda aras hasil Perbendaharaan AS 10 tahun didapati meningkat daripada 4.18% kepada 4.33%.

Jadi di sini dapat dilihat para pelabur bakal mencari pulangan lebih tinggi apabila hasil bon meningkat susulan selera risiko mereka yang kian menyusut akan mendorongnya mengelak aset berisiko seperti kripto.

Kemerosotan seluruh pasaran kripto termasuk BTC turut tercetus disebabkan aliran masuk berkurangan ke dalam spot BTC ETF di AS, di mana pada 1 April 2024 terdapat proses pengeluaran dana bernilai $85.7 juta.

Hal ini kerana dalam keadaan sektor aset digital yang sentiasa tidak menentu atau menurun, pelabur mungkin lebih berminat memegang tunai atau melabur dalam aset lebih tradisional dan kurang tidak menentu.

Umum mengetahui penurunan harga aset digital telah menimbulkan kekacauan liquidations dalam pasaran derivatif susulan pasaran kripto pada hari lalu mengalami $428 juta dalam positions liquidated dengan positions long menyumbang kira-kira $343 juta.

Liquidations positions derivatif long sedemikian boleh membawa pada tekanan ke bawah pada harga aset digital terutamanya apabila terdapat kekurangan momentum pembelian yang mencukupi daripada volum dagangan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 5.89% pada paras $65,297 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 7.30% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat