BTC Pantas Memanjat Naik, Ada Apa-Apa Ke Ni?

478

“Semua mesti sukakan BTC naik, tapi hati-hati tau takut harga tiba-tiba terciduk pula.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menggunung sehingga $43,543 apabila para pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal memberhentikan kadar faedah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Khamis minggu ini pukul 3 pagi.

Menerusi pemerhatian, terdapat kebarangkalian 97.9% bagi Fed mengekalkan julat kadar 5.25% sehingga 5.50%, oleh itu pelabur lebih berminat memilih aset berisiko seperti BTC yang berjaya melihat pemulihan ketara.

Suka dimaklumkan penganalisis menjangkakan pengurus dana akan memperhebatkan usaha jualannya susulan pasukan jualan mungkin menjadi lebih mahir dalam mengendalikan produk yang baru muncul di tambah pula minat institusi yang makin meningkat dalam BTC.

Dorongan institusi tersebut bertepatan apabila terdapatnya pengurangan aliran keluar daripada spot BTC ETF Grayscale Investments, di mana mereka membayangkan keyakinan pasaran kripto yang kian mengukuh.

Sungguhpun aliran keluar baru-baru ini daripada Grayscale BTC ETF telah menyebabkan kebimbangan pelabur awal, trend itu semakin stabil susulan pasaran lebih luas juga memerhati secara teliti bagaimana faktor makroekonomi terutamanya keputusan dasar Fed dapat mempengaruhi trajektori BTC.

Menurut penganalisis eToro Callie Coz, penurunan kadar faedah berpotensi berlaku seawal Mac 2024, jadi langkah sedemikian boleh mengurangkan risiko dan menyediakan ekosistem yang kondusif untuk pertumbuhan BTC.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.07% pada paras $43,468 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $853 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 9.55% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat