BTC Terciduk, Tapi Kenaikan Hutang AS Pendorong Harganya Bullish!

605

“Hmm faham faham, maksudnya mesti sekarang ramai orang harapkan hutang AS lagi naikkan?”

Sebelum memulih semula di atas $66,000, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) semalam tiba-tiba merudum sehingga $64,595 disebabkan tindakan whales yang mengeluarkan lebih 21,000 BTC pada minggu ini.

Pun begitu, satu faktor besar dapat mendorong kenaikan harga BTC ialah peningkatan hutang Amerika Syarikat (AS) susulan jumlah hutang AS kini yang besar berjumlah $34.5 trilion telah menimbulkan kebimbangan tentang kemerosotan aset kerajaan.

Oleh demikian, pelabur didapati lebih bersikap berhati-hati terhadap pasaran kewangan tradisional ditambah pula terdapat ketidakpastian berhubung keputusan Federal Reserve (Fed) bagi menurunkan kadar faedah atau tidak.

Memandangkan hutang AS yang makin meningkat menimbulkan kebimbangan tentang penurunan nilai mata wang, ramai orang lebih cenderung mengalihkan modalnya ke dalam pasaran kripto dan ini dapat disaksikan apabila jumlah wang mengalir ke dalam aset digital naik $2.4 bilion daripada $1.2 bilion.

Namun perlu diketahui semua mata kini tertumpu pada keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) terbaru termasuk ucapan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell yang dijadualkan pada 20 Mac 2024.

Acara-acara penting tersebut telah membawa pada perdagangan berhati-hati dalam pasaran kripto susulan pelabur sedang bersiap sedia untuk potensi turun naik jangka pendek atau keadaan dagangan yang lemah.

Suka dimaklumkan banyak pertubuhan meramalkan BTC bakal melihat pendakian ketara di mana Bitwise menjangkakan harganya akan melepasi $80,000 pada 2024 manakala Coinbase pula berpendapat institusi dalam BTC mampu jadi tumpuan utama pada separuh pertama 2024.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 2.77% pada paras $67,393 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi masih mencatatkan penyusutan 0.63% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat