Bubble Dah Pecah, Dogecoin (DOGE) Bakal Cecah $0.05 Semula?

1,773

Dogecoin (DOGE) pada awal 2021 mencatatkan harga cuma $0.005 sebelum meroket ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.73 pada Mei lalu.

Bagaimanapun, ketika Bitcoin (BTC) membuat pembetulan besar, menyebabkan seluruh pasaran kripto terjejas, DOGE antara matawang kripto yang menunjukkan kadar penurunan laju, isyarat bahawa bubble aset itu telah pecah.

Berdasarkan rekod, sejak 8 Mei lagi Dogecoin sudah menunjukkan penyusutan harga sehingga lebih 75% ke paras nilai semasa artikel ini ditulis, $0.20. Bagaimanapun, aset ini kembali meningkat selepas mencecah $0.1667 pada malam tadi.

Dogecoin mungkin tidak akan mencapai paras tertinggi jika pengasas Tesla, Elon Musk tidak peduli tentang kripto. Gara-gara hype oleh figura itu, DOGE mula mendapat perhatian kalangan pelabur termasuk institusi.

Kemudian penyanyi rock Gene Simmons, rapper SnoopDogg termasuk Mark Cuban turut menunjukkan sokongan terhadap Dogecoin.

Namun apa yang membimbangkan tentang Dogecoin, walaupun menerima pembaharuan dengan projek bersama Chainlink, Solana dan Polygon, prestasinya sebaliknya semakin memburuk. Malah susut lebih laju berbanding matawang kripto yang lain.

Penganalisis Tyler Durden juga ada menyokong pemerhatian ini dengan jangkaan harga Dogecoin akan terus susut ke paras terendah, sekurang-kurangnya sehingga $0.05.

“Elon sendiri tidak mampu menyelamatkan situasi ini dengan twitnya.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat