Bukan Biasa-Biasa, Citibank Nak Keluarkan Saham pada Blockchain!

633

“Pantas betul Citibank bertindak, macam ni la yang kita mahukan.”

Demi meningkatkan penggunaan teknologi distributed ledger di Wall Street, gergasi perkhidmatan kewangan multinasional Citibank mengumumkan bahawa mereka sedang bereksperimen dengan sekuriti token pada blockchain.

Citibank telah memeterai perjanjian bersama Wellington Management dan WisdomTree bagi memulakan proof of concept untuk program itu dan ujian terbaharu menandakan dana ekuiti persendiriran terbitan Wellington pada Avalanche (AVAX).

Menurut bank tersebut, peraturan pengagihan dana telah dimasukkan ke dalam kontrak pintar asas dana Wellington yang akan menentukan cara token dibahagikan antara pelanggan WisdomTree.

Ia juga menguji bagaimana token dana persendirian boleh digunakan sebagai cagaran pinjaman dalam kontrak pinjaman automatik dengan unit kripto Depository Trust & Clearing Corporation, ulas Ketua Aset Digital CitiBank Puneet Singhvi.

Sementara pengeluaran dan penjagaan aset bertoken untuk pelanggan dalam persekitaran terkawal akan berlaku termasuk menyediakan roadmap jelas bagi menerangkan bagaimana institusi boleh menggunakan blockchain dengan cara mematuhi peraturan.

Pada bulan lalu, sekumpulan bekas eksekutif dari Citigroup mengumumkan rancangannya untuk mengeluarkan Bitcoin Depository Receipts (BTC DR) kepada pelabur institusi global yang akan tawar pendedahan BTC kepada pelanggan tanpa memerlukan pendaftaran di bawah Akta Sekuriti 1933.

Manakala bank itu pada September 2023 juga pernah mencipta sejarah sebagai penjaga digital pertama BondbloX Bond Exchange yang memanfaatkan blockchain untuk membenarkan akses pada bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat