Bukan Biasa-Biasa, PSG Jadi Kelab Bola Sepak Pertama Mengesahkan Blockchain!

281

“Wah terbaiklah pasukan bola sepak Perancis ni, pantas betul ambil tindakan.”

Gergasi bola sepak Perancis Paris Saint-Germain bakal menjadi validator rangkaian bagi blockchain Chiliz yang menjadi hosts fan token PSG kemudian menggunakan wang dijananya untuk membelinya secara tetap.

Kelab sukan itu telah menyertai dunia mata wang kripto selama bertahun-tahun melalui penciptaan fan token yang boleh digunakan untuk memorabilia* dan pengalaman sukan, tetapi perlu diketahui ini adalah kali pertama ia terlibat sebagai validator blockchain.

*Perkara yang luar biasa yang dikenang dan diingati

Secara konteks, validators ialah entiti yang mengurus nod blockchain, melindungi rangkaian, pengesahan transaksi termasuk kebenaran kontrak pintar dan sebagai pertukaran, validator dapat menjana hasil daripada menjalankan nod.

Sejak memperkenalkan fan token mereka pada September 2018, PSG kini memiliki modal pasaran $28 juta, oleh itu program pembelian balik tersebut akan membenarkan PSG naik rizab fan tokannya secara kerap kemudian bantu bina ekonomi digital yang kukuh.

Menurut Pär Helgosson, Ketua Web3 Paris Saint-Germain berkata pasukannya akan mengoptimumkan penglibatan masa depannya untuk kesan rangkaian, menguatkan nilai dan hasil boleh dijana serta dialami oleh setiap pemegang kepentingan dalam ekonomi digital baharu ini.

Tambahnya lagi, ia akan menganjurkan acara hackathon di Parc Des Princes dalam beberapa bulan akan datang dalam acara yang dianjurkan bersama Chiliz.

Suka dimaklumkan token CHZ diasaskan oleh Chiliz yang secara beransur-ansur melonjak ke $0.14 turut raih perhatian daripada kelab bola sepak terkenal lain seperti FC Barcelona, Manchester City, Juventus, Arsenal, Inter Milan dan AC Milan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat