Bukan Biasa-Biasa, Whales Kaut 5 Kripto Ini Termasuk LINK!

1,063

“Wow, adakah harganya akan naik lebih tinggi disebabkan pembelian oleh whales?”

Tanpa disedari, sebilangan whales mata wang kripto baru-baru ini bertindak pantas membeli sejumlah besar Pepe Coin (PEPE), Chainlink (LINK), Uniswap (UNI), Maker (MKR) dan Ethereum Name Service (ENS).

Salah satunya adalah seorang pelabur yang menggunakan nama samaran “aavebank.eth” telah mengeluarkan 500,000 UNI bernilai $3.75 juta, 183,799 LINK bernilai $2.62 juta, 171 MKR bernilai $500,000 dan 31,139 ENS bernilai $484,000 daripada Binance dalam masa enam jam sahaja.

Para penganalisis dan peserta pasaran kripto memberi perhatian terhadap pergerakan tersebut susulan kelima-lima aset digital itu lebih cenderung melihat peralihan harga ketara yang turut akan memberi isyarat pada sentimen secara keseluruhan.

Memang tidak dinafikan pengeluaran sejumlah besar kripto oleh whales boleh mengurangkan liquidity dan menjejaskan kestabilan harga, tetapi pelabur itu dapat mendorong kenaikan harganya jika permintaan terus berkembang.

Jadi di sini dapat dilihat withdrawal beberapa aset digital daripada bursa kripto menunjukkan whales mengharapkan hasil positif daripada pegangannya susulan mereka cuba mengambil pendekatan jangka panjang dan bukannya keuntungan jangka pendek.

Sehingga berita ini ditulis, harga PEPE melonjak sebanyak 2.09% pada paras $0.0000086 dalam tempoh 24 jam lalu manakala LINK pula merekodkan kenaikan 1.16% pada $14.32 dengan modal pasaran bernilai lebih $8 bilion.

Sementara UNI mencanak kira-kira 1.59% pada paras $7.56 dalam masa 24 jam terakhir tetapi masih mencatatkan junaman 1.83% dalam masa tujuh hari lepas kemudian MKR dan ENS masing-masing naik 1.05% serta 3.30%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat