Bukan Calang-Calang, Bekas Ketua Fed Sertai Binance!

423

“Wow ingatkan ahli Fed semua kurang suka dengan kripto, tapi ada juga yang terbuka hati.”

Binance.US, bursa mata wang kripto berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bekas Ketua Pegawai Pematuhan dan Etika dari Federal Reserve Bank of New York Martin Grant telah menyertai lembaga pengarahnya.

Suka dimaklumkan Grant akan membawa pengalaman kawal selia, undang-undang dan pematuhan ke bursa kripto sebagai salah satu ahli lembaga terbaharunya.

Menurut Norman Reed, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Binance.US berkata Grant turut akan bantu bursa kripto terus menavigasi kawal selia semasa di AS susulan beliau juga merupakan Ketua Hal Ehwal Kawal Selia dan Integriti Global di firma perkhidmatan kewangan JST Digital.

Perkembangan positif itu berlaku selepas Binance mengumumkan pembentukan lembaga buat kali pertama di mana tujuh orang lembaga akan dipengerusikan oleh Gabriel Abed iaitu duta Barbados ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memiliki kakitangan dan hubungan bersama pihak berkuasa kawal selia.

Sebelum meletak jawatan pada November 2023, bekas CEO Binance Changpeng Zhao (CZ) telah mempengerusikan lembaga Binance US sebagai sebahagian daripada perjanjiannya bersama pihak berkuasa AS.

Umum mengetahui CZ yang meletak jawatan sebagai CEO Binance telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan jenayah di mana beliau dijadualkan dijatuhkan hukuman pada 30 April 2024.

Binance, Binance.US termasuk CZ masih menghadapi tuntutan sivil yang pada mulanya difailkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada Jun 2023 susulan didakwa menawarkan sekuriti tidak berdaftar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat