Bundesbank: Ekonomi Jerman Membimbangkan! Penyusutan di Suku Ketiga Dalam Capaian?

113

Ekonomi Jerman dijangka berkemungkinan akan mengecil pada suku ini kerana industri sedang dalam kemelesetan dan penggunaan peribadi hanya berjaya catat penambahan yang kecil kepada pertumbuhan, kata Bundesbank dalam laporan ekonomi bulanan pada hari Isnin.

Ekonomi terbesar di Eropah mengalami kemelesetan singkat dan kemudian berjaya mencatat pertumbuhan mendatar dalam suku kedua, oleh itu pengecilan dalam tempoh semasa akan bermakna empat suku berturut-turut dengan pertumbuhan negatif atau mendatar.

“Meskipun ada sedikit perlambatan pada peningkatan harga, dengan peningkatan gaji yang kukuh dan pasaran buruh yang baik, isirumah swasta masih menahan diri untuk berbelanja,” kata bank Bundesbank.

“Sebagai tambahan kepada impak pengguna pengguna, kelemahan industri yang semakin meningkat juga membebani prestasi ekonomi,” tambahnya.

Inflasi zon eropah telah berkurangan separuh sejak akhir 2022 kepada kaadar 5.3%. Waima begitu, kadar tersebut dilihat masih tinggi dan Bank Pusat Eropah kini telah menaikkan kadar depositnya ke rekod tinggi 4% untuk menahan pertumbuhan harga yang cepat.

Kenaikan dalam kos pembiayaan dan pesanan yang semakin berkurang untuk sektor industri yang utama untuk negara juga akan membebani pertumbuhan, kata Bundesbank.

“Penurunan berterusan dalam pesanan masuk, dan kekurangan pesanan yang semakin berkurang semakin memberi kesan kepada pengeluaran industri,” kata bank pusat itu.

Industri Jerman, yang sangat terdedah kepada eksport, telah terjejas secara khusus oleh permintaan yang lemah dari China dan prospek pemulihannya masih lemah, kata ahli ekonomi pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat