Bursa Buat ‘Drift & Tarik Brek’ Untuk Selamat Dari Jatuh Di Selekoh

178

Aktiviti profit-taking pada kaunter pengangkutan dan logistik serta tenaga membuatkan bursa di buka lemah selain faktor pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 3.88 mata pada 1,442.31 sebelum turun 5.23 mata pada 1,440.96 berbanding penutupan Rabu pada 1,446.19.

Di pasaran meluas, kerugian pada 236 atasi keuntungan pada 66, manakala 175 kaunter pula tidak berubah, 1,849 tidak didagangkan dan 28 digantung.

Jumlah perolehan pada 134.94 juta unit bernilai RM42.33 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, KLCI dijangka berjaya mengelak kejatuhan daripada penjualan besar-besarannya pada hujung Oktober lalu dengan indeks mungkin berlegar pada julat 1,440-1,455.

Selain itu, saham bertemakan perbankan dan telekomunikasi bakal menjadi pilihan pelabur pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Dialog Group Bhd turun 1 sen pada RM2.03, IHH Healthcare Bhd dan Maxis Bhd susut 7 sen pada RM5.90 dan RM3.79, Maybank jatuh 2 sen pada RM8.61 dan Petronas Chemicals Group Bhd hilang 4 sen pada RM8.51.

Saham aktif memperlihatkan Euro Holdings Bhd dan Avillion Bhd susut 0.5 sen pada 13 sen dan 10 sen, Citaglobal Bhd turun 1 sen pada 25 sen, Advance Synergy Bhd kekal pada 11.5 sen dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd naik 4 sen pada 50 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas jatuh 35.43 mata pada 10,224.02, indeks FBM Emas Shariah susut 39.54 mata pada 10,284.20, FBM 70 kuncup 34.42 mata pada 12,122.82, indeks FBMT 100 turun 34.30 mata pada 9,959.46 dan FBM ACE junam 34.36 mata pada 4,897.98.

Segi sektor, indeks penggangkutan serta logistik susut 73.44 mata pada 802.80, indeks Produk serta Perkhidmatan turun 0.68 mata pada 173.64, indeks Perladangan jatuh 12.70 mata pada 6,836.86, indeks Perkhidmatan Kewangan kuncup 35.89 mata pada 16,224.95 dan indeks Tenaga kuncup 9.62 mata pada 712.01.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat