Bursa Buat Kejutan, Lantunan Yang Tak Disangka Selamatkan Keadaan

217

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 5.56 mata pada 1,557.07 daripada penutupan Rabu pada 1,551.51.

Indeks dibuka 1.09 mata pada 1,550.42.

Ia dibuka sedikit rendah namun melantun apabila terdapat aktiviti bargin-hunting semasa keadaan sentimen yang sedang memulih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 284 berbanding 125, manakala 237 kaunter pula tidak berubah, 1,572 tidak didagangkan dan 24 digantung.

Jumlah perolehan pada 258.99 juta unit bernilai RM159.02 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan cuba meneruskan momentum semalam dengan memanfaatkan langkah pemulihan yang disokong oleh data jualan runcit yang kukuh bagi Disember 2021.

Tambahnya, saham bawahan mungkin menyaksikan satu putaran lanjutan yang disokong keadaan pasaran yang positif.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) melaporkan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatat nilai jualan bulanan tertinggi, RM120.5 bilion pada Disember dan jualan tahunan naik 4% pada RM1.3 trilion pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank capai 2 sen pada RM8.52, Maxis tambah 9 sen pada RM4.42, Petronas Chemicals naik 1 sen pada RM9.09, KL Kepong canak 56 sen pada RM22.62 sementara Public Bank turun 1 sen pada RM4.29.

Saham aktif memperlihatkan MMAG naik 0.5 sen pada 8.5 sen, Sedania lonjak 1 sen pada 51.5 sen dan SMTrack kekal pada 18.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE maju 63.87 mata pada 6,371.58, FBM 70 kukuh 54.05 mata pada 13,759.04, FBM Emas tambah 40.19 mata pada 11,198.27, FBMT 100 canak 39.73 mata pada 10,878.51 dan FBM Emas Shariah capai 56.05 mata pada 11,904.36.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencanak 32.86 mata pada 16,145.59, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 1 mata pada 208.84 dan indeks Perladangan mekar 92.86 mata pada 6,776.44.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat