Bursa Kekal Menghijau Pada Pembukaan Awal Minggu Ini

110

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata pada 1,554.39 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,549.12.

Indeks dibuka kukuh 4.03 mata pada 1,553.15.

Bursa berjaya mengembalikan kerugian minggu lalu untuk dibuka tinggi hasil sokongan pembelian baharu pada saham wajaran tinggi, selari dengan sentimen positif pasaran serantau.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 263 mengatasi kaunter rugi pada 245, manakala 864 kaunter pula tidak berubah, 935 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 1.06 bilion unit bernilai RM311.63 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan bahawa tumpuan pelabur terarah kepada kadar inflasi Malaysia dan laporan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

Selain itu, mereka menjangkakan sektor bertemakan pemulihan akan menjadi perhatian di sebalik kebimbangan inflasi dan sektor tenaga serta teknologi antara yang turut menjadi tumpuan.

Saham berwajaran tinggi Malayan Banking Bhd (Maybank) dan IHH Healthcare Bhd tambah 3 sen pada RM8.99 dan RM6.56, Public Bank Bhd naik 2 sen pada RM4.54 sementara Petronas Chemicals Group Bhd turun 2 sen pada RM9.97 and Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut 1 sen pada RM9.23.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd maju 2 sen pada 9 sen, MQ Technology Bhd capai 0.5 sen pada 6 sen dan Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh 1.5 sen pada 12 sen sementara KNM Group Bhd hilang 0.5 sen pada 19.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE mencapai 2.35 mata pada 5,345.44, indeks FBM Emas Shariah meningkat 45.66 mata pada 11,574.93, indeks FBM Emas memaju 39.65 mata pada 11,111.02, indeks FBMT 100 mengumpul 39.99 mata pada 10,775.06 dan FBM 70 mengukuh 65.31 mata pada 13,240.53.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan meningkat 0.78 mata pada 200.15 manakala indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 54.15 mata pada 16,615.85 sementara indeks Perladangan menyusut 9.95 mata pada 8,247.85.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat