Bursa Malaysia Bercampur-Campur, Indeks Utama Terus Meningkat

98

Bursa Malaysia bergerak tak tentu arah pada pertengahan sesi Khamis dengan indeks utama mengakhiri sesi pagi dalam wilayah positif seiring dengan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.9 mata (0.25%) kepada 1,544.32 daripada penutupan Rabu pada 1,540.42. Indeks penanda aras dibuka 0.58 mata lebih rendah kepada 1,539.84.

Namun, sentimen pasaran masih negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 510 berbalas 376. Manakala, 446 kaunter tidak berubah, 1,032 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.3 billion unit yang bernilai RM1.19 billion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, KLCI memulih daripada kemerosotan selama empat hari lepas apabila aktiviti kehadiran para pelabur asing mula dikesan.

Walaupun sentimen yang lebih baik di pasaran tempatan, kenaikan harga boleh dihadkan berikutan penjualan di Amerika Syarikat semalaman.

Jangkaan adalah para pelabur akan memberikan tumpuan mereka kembali kepada sektor berkaitan defensif seperti pengguna, utiliti dan amanah pelaburan hartanah.

Sementara itu, kaunter wajaran tinggi seperti Maybank Bhd menokok enam sen kepada RM9.66, CIMB Group Holdings Bhd menokok tujuh sen kepada RM6.60 dan Tenaga Nasional Bhd menokok 12 sen kepada RM11.64. Petronas Chemicals Group Bhd naik dua sen kepada RM6.85 dan Public Bank Bhd susut satu sen kepada RM4.14.

Bagi saham aktif, Borneo Oil Bhd dan Ignenieur Gudang Bhd masing-masing turun setengah sen kepada setengah sen dan 14 sen dan Eversendai Corp Bhd naik 1.5 sen kepada 39 sen. Fitters Diversified Bhd dan Avilion Bhd tidak berubah, masing-masing pada lima sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.25 mata kepada 11,599.69, Indeks FBM 70 meningkat 7.76 mata kepada 16,121.88 dan Indeks FBMT 100 melonjak 22.47 mata kepada 11,241.86. Indeks FBM Emas Shariah adalah 14.5 mata lebih baik pada 11,771.81 dan Indeks FBM ACE susut 18.31 mata kepada 4,907.06.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat