Bursa Malaysia Catat Aliran Rendah

204

Sesi awal dagangan di Bursa Malaysia hari ini dibuka rendah selari dengan prestasi pasaran Asia susulan daripada perang dagangan Amerika Syarikat dan China yang masih berterusan.

Petunjuk aras utama FBM KLCI turun 14.66 mata kepada 1600.39 dengan jumlah dagangan 227.77 juta unit bernilai RM126.37 juta pada jam 9.17 pagi tadi.

Secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu masing-masing dengan 333 dan 62 manakala 176 kaunter tidak berubah.

Antara saham yang mengalami kerugian di bursa tempatan ialah Public Bank turun 30 sen kepada RM21.22, Hong Leong turun 22 sen kepada RM17.30, Petronas Chemical dan Press Metal turut susut dengan masing-masing kepada RM7.27 dan RM4.76.

Nestle mencapai kerugian paling teruk iaitu dengan penurunan sebanyak RM1.10 kepada RM146.90 dan MAHB jatuh 13 sen.

Menurut Reuters, prestasi pasaran Asia dilihat terjejas akibat beberapa faktor iaitu perang dagangan AS dan China, berlakunya protes di Hong Kong dan kejatuhan nilai mata wang peso Argentina menyebabkan pelabur beralih ke tempat selamat untuk melabur seperti bon, emas dan yen.

Nikkei Jepun susut 1.28% manakala Indeks MSCI terbesar di Asia Pasifik di luar Jepun turun 0.26%.

Sementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada paras 4.1900/1940 daripada 4.1830/1880.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0202/0242 daripada 3.0259/0285 dan kukuh berbanding pound Britain kepada 5.0582/0634 daripada 5.0652/0705 pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat